One Day to Semester 1 Final Exam
posted by Aliah Syazwanie December 24, 2016 0 comments
masa interview untuk course Dietetik USM

assalamualaikum and hi everyone. aku kembali ke dunia blog setelah sekian lama aku tinggalkan semua ni kalau tak silap last masa aku form 3. sekarang aku dah semakin tua u alls dah 19 dah pun. ahaha.


nampak tak gambar atas tu? mestilah nampak kan. ok lepas aku tinggalkan zaman sekolah menengah aku, matrik dan sekarang here i am berjuang untuk empat tahun berikutnya untuk course dietetik in USM Kubang Kerian kat kelantan ni hah. sedar tak sedar sekarang tinggal sehari je lagi untuk final sem 1. tak silap aku, aku baru je pegi interview ni kat Hotel Promenade KK kat sabah. yes i'm a sabahan people.

terasa cepat sangat masa tu berlalu and yes aku tengah cuak gila sekarang. paper first on 26hb ni which is paper yang aku paling takut sekali, Anatomy and Physiology. mula-mula aku rasa memang nak tinggalkan dunia blog ni sampai bila-bila tapi aku rasa semenjak masuk universiti ni, banyak sangat benda yang dah terjadi dan aku rasa memang perlu untuk aku kembali ke dunia maya aku ni. sebab apa? sebab aku rasa taktau la nak cakap macam mana tapi yang pasti memang kehidupan di universiti ni memang mencabar. mencabar iman terutamanya. hmm ntah la aku pun malas nak cakap pasal ni sekarang. lain kali la aku cerita eh.

sekarang ni aku cuma rasa masa tu cepat sangat dah berlalu. aku taktau sama ada aku dah buat sehabis baik sepanjang sem 1 ni, sama ada aku boleh tak buat abah dan mama aku bangga satu hari nanti, sama ada itu sama ada ini. bla bla banyak lagi la.

my last paper is on 11th January 2017, and 13hb balik. yeay! balik mana? mestilah balik sabah, balik rumah. lepas dah mendaftar dan jejakkan kaki ke USMkk ni aku dah lama tak balik rumah even cuti midsem pun habiskan dengan jalan-jalan and study. study? hahah study la sikit sebab masa tu, lepas midsem break tu kitorang ada CA untuk anatomy dan food science. CA tu apa? cacing ke? emm tak kawan-kawan, CA tu Continous Assessment, dalam bahasa melayunya pula, penilaian selanjar. alaa, macam test gitu. senang cerita. aku dah homesick ke tahap paling maksima dah ni.

banyak lagi aku nak melalut dalam ni, tapi atas sebab kekangan masa, nanti-nanti la eh aku cerita semua yang aku nak cerita dalam ni. ni pun curi masa sekejap sebab otak dah tepu. stress la sikit. tapi aku sentiasa cakap kat diri yang ilmu ni aku akan guna untuk masa depan in shaa Allah aku belajar lillahi ta'ala. sama-sama kita perbaiki niat dan tujuan kita menuntu ilmu ye korang. kita belajar bukan sebab nak dapat 4 rata, bukan sebab nak dapat anugerah dekan, bukan sebab nak tunjuk kita hebat dan pandai, tapi untuk kegunaan masa depan.

ada sorang abang aku. well aku memang takde abang sebab anak sulung tapi dia abang sepupu aku, dia memang banyak bantu aku, theres no other words i can say to you. ceh melalut pula, tak macam ni, dia cakap kat aku before aku masuk USMkk ni, "pastikan apa yang along belajar tu bukan untuk dapat result gempak dan sebagainya, tapi sejauh mana along gunakan ilmu yang along ada untuk tolong orang."

lecturer aku kat matrik dulu (takdelah lama sangat pun baru bulan 4 yang lalu dia pesan masa last lecture sebelum PSPM II)  pun pernah cakap, jangan jadi orang yang pandai tapi tak berguna, biar tak pandai asalkan dia berguna untuk orang lain. see? bila kita berguna untuk orang lain, walaupun kita tak sehebat mana, tak sepandai mana, orang tak tengok dah result kita. yang orang tengok adab kita kat orang lain. jadi, mari kita sama-sama tajdid niat utama belajar ye kawan-kawan.

omg nak nangis, sebab aku tengah dengar lagu kat youtube tapi tetiba lagu favourite aku dengan roommate dulu terpasang. lagu Beautiful in White. hmmm apa aku buat mesti akan terkenangkan semula life dekat matrik dulu. aman dan damai. tengok betapa matrik bagi aku impak yang besar pasal persahabatan terutamanya. kat sini? ok dah-dah. nanti aku cerita.

so, before aku chaw, aku nak ucapkan semoga berjaya untuk final exam kawan-kawan seperjuangan and siapa-siapa je yang tengah nak final tu. remember, jadikan dia betul-betul lega lepas habis tu. baru kau akan rasa perjuangan kau tu berbaloi bila dapat result nanti. aamiin in shaa Allah.

bye korang. roommate dah panggil nak makan ni. haha. see ya. salam
design by Wanaseoby| edited by Aliah Syazwanie