Two More Papers!
posted by Aliah Syazwanie December 30, 2016 0 comments
Harbour Mall Sandakan Sabah

assalamualaikum and morning lovebirds. harini tetiba datang angin nak update blog pagi-pagi jumaat. almaklumlah, harini takde paper gitew. hahah. lusa hari ahad baru ada. on the 1st of Jan 2017 pula tu. can you imagine jawab paper di tahun baru. orang lain semua cuti. takpelah. 3 jam je pun (ayat nak sedapkan hati je ni)

oh ya. aku dah berjaya bertarung sehabis tenaga dan kudrat aku ceh ayat cliche gila. takde la, point dia kat sini, aku dah berjaya lalui 4 paper dengan jayanya Alhamdulillah, the rest biar Allah je yg urus :) quite tough juga la walaupun tak se-tough orang lain yang berderet paper dari hari isnin. jadual aku still boleh diterima pakai even ada sehari je gap untuk aku study before semalam yang ada 2 paper pagi dan petang. nak nangis juga la. tapi hmmm dah berlalu pun so takyah cakap banyak dah. hewhew. 

walaupun hakikatnya, aku rasa down gila lepas paper bm haritu. sebab apa? sebab petang lepas paper bm habis tu, result Objective Structured Practical Exam (OSPE) keluar. OSPE tu practical exam untuk subjek anatomy and physiology. result aku tak seperti yang dijangkan. kecewa sikit. sikit ke? aku rasa tak sebab petang tu aku nangis sampai la maghrib tu. ceh emo pula kan tapi bila aku dengar azan maghrib tu, aku terus bangun dan ambik wuduk terus gi masjid sebab masa tu i just want to be alone. aku pun tak tau kenapa tapi tu la yang aku buat. aku tak bercakap langsung pun petang tu sampai la habis solat isyak kat masjid tu. masa tu aku memang ambik masa untuk muhasabah diri kat masjid tu. 

aku try fikir balik kenapa Allah bagi result macam tu. sedangkan OSPE tu dah termasuk dalam carry mark aku and alhamdulillah carry mark aku ok tapi OSPE tu juga yang jadi tumpuan mata aku yang rabun ni. aku cakap kat diri aku, mungkin ada sebab kenapa Allah bagi aku result macam tu walaupun berat untuk aku yakinkan diri tapi aku tetap positif lagipun masa tu benda dah jadi pun and lusa dia i got 2 papers yang sangat tough so aku terpaksa lupakan semua tu sebab aku percaya dengan Allah. mungkin Allah sengaja bagi aku rasa macam mana gagal tu sebab kat sini aku macam huhu haha je kerja kan. hambik kau Allah dah bagi sebijik. lagipun dari kegagalan tu la yang kau akan bangkit semula dengan semangat dan tekad yang baru. so kawan-kawan, aku tau yang bila kau nasihatkan orang senang tapi bila kau yang rasa semua benda tu, kau akan lupa untuk motivasikan diri kau sendiri. kesimpulannya, ingat Allah. itu kunci utama untuk kau tak fikir bukan-bukan and belajar bersyukur dengan apa yang Allah bagi. mungkin sekarang kau gagal, tapi suatu hari nanti kau akan berjaya juga. trust me.

ok dah habis pasal aku down. haha. sekarang i'm looking forward to my last 2 papers. yeay! Basic Chemistry and Food Science and after that, boleh balik. weeee. so sekian untuk harini. bye korang.

design by Wanaseoby| edited by Aliah Syazwanie