Kenangan Lalu Mengusik Jiwa. Cia
posted by Aliah Syazwanie January 24, 2017 2 comments
Hari terakhir bersama dengan anak-anak ni

assalamualaikum and hi. jadi cerita harini aku dok scroll balik gambar- gambar zaman kegemilangan (kegemilangan sangat) kat KML dulu sambil kemas folder yang buat aku sakit mata hah. gambar kat atas tu adalah kesayangan-kesayangan aku dalam bilik dulu. 

alhamdulillah, we are still connected with each other sampai sekarang. whenever ada update pasal diri sendiri, kitorang akan update dalam group whatsapp kitorang. maybe i shouldn't bagitau orang kan pasal group name kitorang. ex-kmlians sumpah akan gelak kalau aku cakap kat sini. so, biarlah ia menjadi rahsia kami berempat melainkan kau ternampak kat phone aku. ahaha. dah berapa kali kawan-kawan kml yang lain terkejut sebab kitorang jadikan itu sebagai nama group kitorang kat whatsapp and tanya why? setiap kali nampak mesti akan tanya why? lol, i will never tell anyone that reason sebab kitorang pun taktau kenapa. ahahah.

harini aku rasa rajin nak describe depa sorang-sorang. ceh. korang bertiga should be proud okay. so aku akan mulakan dengan lilis, memandangkan dia paling muda gitew antara kitorang.

Lilis Karlina @ Lilis @ Lina

Gadis yang lahir pada bulan Oktober, 26hb. Aku selalu panggil dia lily dulu sedangkan ada huruf s yang selalu aku tertinggal kat belakang. Seorang yang diam bila dia marah. especially bila dia kena serang dengan migrain. aku, mera dan nija tak berani nak tegur sebab dah tahu bila dia diam tu memang ada masalah yang melanda and at the end of the day dia akan cerita semula kenapa dia macam tu dan macam ni. dia ni rajin tanya aku dengan nija pasal bio dulu, aku selalu tak dapat nak jawab sebab masa tu tak study lagi lol. tapi ada juga yang aku dapat jawab ok. lilis satu modul dengan aku tapi yang membezakan aku dengan dia adalah aku BC1 and lilis BC3. Dia orang pertama yang aku kenal dalam bilik masa mula-mula daftar kat KML dulu lepas tahu dia dari Sandakan. lepas tu, kitorang mula ke orientasi sesama sampai habis orientasi dulu. memandangkan kita berdua selalu ditinggalkan oleh nija dan mera. almaklumlah diorang berdua ada geng sekolah masa tu. ahah. ok dah aku tak nak throwback panjang-panjang. biarkan yang lain jadi memori dalam kepala aku ni. Lilis, if you want to know, i really miss you right now since you are the least active in our group whenever we talk about something. i know what is bugging you and i hope you did your very best wherever you are. in shaa Allah, aamiin.

so, who's next?


Samerah


Gadis kelahiran Tuaran yang lahir pada 21 Julai. ceh ayat formal gila do. ni yang paling banyak buat masalah dengan aku. haha takdelah orang kata gaduh-gaduh manja. choiii. mera sila muntah hijau kalau nampak ni. lol.budak paling pandai kimia & sains komputer. kesayangan sir rozaimi gitew walaupun sir rozaimi adalah mentor aku. orang yang selalu buat lawak dalam bilik. kalau takde dia, bilik tu rasa sunyi sebab takde gelak tawa. selalu bawa kitorang karaoke dalam bilik walaupun takde mic, hanya berbekalkan internet dia yang laju katanya tapi bila time kitorang bertiga nak nyanyi line tetiba buat hal. ahahah. bilik selalu kena ketuk dengan jiran sebelah sebab kitorang selalu bising. eleh. diorang dah tak jumpa tau ahli bilik tingkat 4 bilik 26 yang boleh dikatakan setiap hari buat bising. ahah kitorang tak consider orang lain yg mungkin ada test esok dia. will never forget that. tapi lepas kena tegur tu, kitorang diam la juga. kan mer? tempat aku luahkan perasaan sampai sekarang. biasanya pasal love story. eh eh. hah dia la orang yang tau siapa yang dah curi hati aku sekarang choiii. alaaa, dengan best girlfriend memang macam tu. tipulah kalau awak-awak yang baca ni tak pernah kan? ok banyak lagi pasal budak ni aku nak cerita tapi like apa yang aku cakap kat atas, biar ni semua jadi memori aku sendiri yang aku tak patut cerita dengan orang. cukup aku dan mereka yang tahu. tak gitu? peace yo.

siapa lagi sorang? hmmm

Haznizah @ Niza @ Nija


Gadis kelahiran Tawau. born on 25th of April. orang yang boleh dikatakan rajin outing dengan aku dulu. ex-student mrsm sandakan. so dia tahu serba sikit pasal sandakan. hewhew. dia ni pun sama dengan lilis, bila ada benda yang mengganggu fikiran, memang dia akan diam. dan aku dan mera mula tertanya-tanya "kenapa nija diam ah?" dan mula la kitorang selalu fikir benda apa yang mengganggu dia. best listener aku dulu. lol. ok let the rest be history kan nija? nija ni seorang yang independent. serius dia seorang yang independent i repeat. itu pada pandangan aku. dia tak suka menyusahkan orang lain. benda yang dia boleh buat sendiri, dia akan cuba sedaya upaya buat sendiri. aku dah cakap dia layak jadi JPP tapi dia nafikan, ahahah. katanya tak nak ada komitmen yang berat. end up dia yang support aku jadi JPP dulu. dia mera lilis yang support aku tau bila aku cakap dekat diorang yang aku nak tarik diri sebab rasa tak layak. diorang juga la bagi idea kat aku untuk letak slogan dalam bahasa cina masa nak sampaikan manifesto dulu. nak buat surprise kat dia ni payah sikit. birthday surprise untuk dia je dah tak berjaya. fail. tapi tak 100% la sebab dia dapat hidu tau bila ada yang tak kena. dah berusaha untuk cover pun tetap akan kantoi juga. tu dah siap minta bantuan alin bestfriend dia. kalau tak, tak tahu la macam mana. ahaha. so siapa-siapa yang nak buat surprise untuk dia ni, kena plan cantik-cantik jangan sampai bagi dia notice. ahaha.



okay so thats a little bit about them. haih rajin pula aku nak describe diorang ni. dah macam takde kerja kan. tapi entah la sebab hati aku memang terdetik untuk cerita pasal diorang ni sikit. so that's all for now.

sila tatap bait-bait ayat dari aku ni ya korang bertiga. ahahah kbyee
design by Wanaseoby| edited by Aliah Syazwanie