Pengalaman Pemantauan Pra-Klinikal Dietetik Kali Pertama
posted by Aliah Syazwanie November 25, 2018 0 comments

Assalamualaikum and hello everyone. MashaAllah, hampir setahun Aliah tinggalkan blog ni tak berusik langsung. In Shaa Allah, lepas ni, Aliah akan cuba curi masa sekejap untuk update sedikit sebanyak tentang kehidupan seharian Aliah, walaupun Aliah tahu takdelah ramai sangat yang nak baca, but well, this is my place, kalau rasa nak baca, boleh je silakan :)

So, kenapa Aliah tiba-tiba terdetik nak menulis malam-malam macam ni? Jawapannya, I feel like I want to do something for people iaitu share ilmu-ilmu yang Aliah pelajari. At the moment, Aliah sekarang dah berada di tahun ketiga semester 5 di USM Kubang Kerian. Belajar Dietetik ni was fun, but macam biasalah, mana-mana program di universiti ni semua ada liku-liku kehidupan masing-masing. 

Malam ni, Aliah terasa nak cerita pengalaman kumpulan Aliah untuk membuat pemantauan pra-klinikal dietetik di Klinik Dietetik HUSM. Pra-Klinikal ni bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Dietetik tahun 3 yang akan masuk ke klinik pada semester ke 6 iaitu Outpatient Dietetics. 

Mesti ada yang cakap, "eleh, pra-klinikal je pun, tak payah la menunjuk sangat" ye mesti ada walaupun kita tahu husnudzon itu lebih baik. jadi kita kena sentiasa tengok dari sudut positif la juga ya :)

Nak dijadikan cerita, kami sepatutnya perlu berkumpul pada pukul 2 petang di Klinik Dietetik, Aliah dah sampai klinik sebelum pukul 2 lagi, sementara tunggu ahli kumpulan yang lain sampai, Aliah pun gi masuk bilik konsultasi yang ada senior-senior tengah buat report masing-masing, entah mengapa, setiap kali tengok senior-senior Aliah, terasa macam ada satu aura yang keluar dari diri mereka masing-masing, nampak sangat profesional. Al-maklumlah, dietetik ni org kata merupakan satu profesion yang profesional. 

Ok, lepas tu dah pukul 2 lebih, kami sekumpulan pun disuruh masuk ke dalam bilik konsultasi bahagian tengah untuk membuat pemantauan bagaimana cara dietitian akan memberi konsultasi kepada penyakit. Dietitian yang bertugas pada masa itu, ialah  Encik Hakim, iaitu penulis buku Diet-licious, siapa tak tahu pasal buku tu, boleh cari dalam Mr. Google yang super power. Hiks. Jam berdetik dengan laju, mengikut cerita kumpulan lain yang dah buat pemantauan, pesakit biasanya akan tiba di klinik diet dalam pukul 2:30 petang, tetapi tidak untuk kumpulan kami, sehingga ke pukul 3:15pm masih tiada pesakit yang datang, dah la masa tu Aliah rasa nervous, sebab dalam hati dok tanya, macam mana la cara nak consult patient dengan betul sebab selama ni belajar secara teori dan fasa untuk ke arah praktikal baru nak bermula, so yaaaa semoga Aliah juga setabah senior sekarang.

Sementara menunggu pesakit, kami sempat diajar oleh Encik Hakim mengenai penyakit 'Chronic Kidney Disease' (CKD) atau dalam bahasa mudahnya, penyakit buah pinggang kronik. Kebetulan selepas Encik Hakim mengajar kami, pesakit pun datang, dan sekali lagi kebetulan, pesakit yang datang merupakan pesakit buah pinggang kronik tahap 3 seperti apa yang baru diajar oleh Encik Hakim pada masa itu. Antara parameter yang penting untuk kita kawal bagi memastikan buah pinggang kita sentiasa berada dalam keadaan sihat ialah, jumlah Phosphate (fosfat), Potassium, dan juga protein. Nanti Aliah akan cerita bagaimana caranya untuk mengira paras fosfat kita untuk menentukan buah pinggang kita berada di tahap normal ataupun tidak. Semua parameter yang Aliah sebutkan tadi, ada paras normal yang diikuti agar, kita sentiasa berada dalam keadaan sihat. Seterusnya, pesakit kedua yang datang adalah pesakit Type 2 Diabetes Mellitus. Ya Diabetes Mellitus boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Iaitu Type 1 dan juga Type 2. Kebiasaannya, penyebab kepada Diabetes Mellitus tahap 1  tidak diketahui dan sering berlaku terhadap kanak-kanak.

Sejujurnya, walaupun baru pertama kali membuat pemantauan bagaimanakah cara seorang dietitian membuat konsultasi terhadap pesakit, ilmu yang Aliah pelajari daripada Encik Hakim sangat bermanfaat dan menjadi pembakar semangat kepada Aliah untuk menghabiskan perjalanan ini dengan baik. In Shaa Allah, Aamiin :) Nanti Aliah akan terangkan macam mana cara nak kira kandungan fosfat serta parameter lain ya. setakat ni dulu untuk malam ni. Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi membaca.

Assalamualaikum :)
design by Wanaseoby| edited by Aliah Syazwanie