Hai and assalamualaikum, hiks. its been a while since my last update on February during my 20th birthday right. so yeah, how's everyone life so far? if you are having a hard time, I pray that you stay positive and have faith in Allah :) continue your life without any doubt to Allah SWT plan's. well you know kan, kita merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Kenapa aku cakap macam ni? aku tahu, baru-baru ni, result UPU dah keluar, ada yang bahagia sebab dapat rezeki untuk meneruskan pelajaran ke menara gading dan ada yang mungkin rasa kecewa, rasa sedih sampai satu tahap kita akan mempersoalkan kenapa kita tidak tersenarai untuk menjadi antara orang-orang yang gembira tu kan? sebelum tu aku minta maaf. entri ni tak bermaksud untuk tujukan kepada sesiapa pun. ni cuma pendapat aku sebagai manusia yang juga banyak pincang dalam sudut tertentu.
Untuk kawan-kawan aku yang lepasan STPM mahupun matrikulasi, tahniah yang mendapat tawaran. bagi yang tak dapat, itu tak bermaksud yang kau kecundang. cuma, belum waktu yang tepat untuk capai apa yang kau nak.
Remember the quotes, "Just because you took longer than others, it doesn't mean you failed." I'm pretty sure ramai yang pernah terbaca quotes ni kan. Sungguh, maksud disebalik quotes ni pun sememangnya kadang-kadang serba sedikit bagi impak kat aku.
Jadi, sahabat-sahabat sekalian yang mungkin tengah berputus-asa tak kira masalah apa sekalipun yang kau tengah hadapi, aku tahu memang sakit, memang perit untuk terima kenyataan. tapi hei bangkitlah. jangan mengalah sebelum kau sempat jatuh. kalau kau jatuh, macam mana dengan masa depan kau? macam mana dengan ibu ayah kau yang mungkin letak harapan dekat kau sebagai anak untuk membalas jasa mereka? kau nak ke tengok mereka sedih dengan kau? nak ke bagi mereka kecewa sekiranya kau yang baru kecundang sekali dah berputus asa sedangkan ibu ayah kita tak pernah sekali pun kecewa dengan kita yang bermacam jenis kerenah minta itu dan ini.
Kawan-kawan. kita jangan sesekali futur. mungkin ada yang tak tahu maksud futur kan? futur tu sejenis penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah kita sebagai muslim. Lagi-lagi kita sebagai penuntut ilmu.
jadi apa kaitan dengan bersangka baik? haha ok baiklah. mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kau tak dapat yang kau idamkan dan bahkan mungkin ada sesetengah kita yang mendapat tempat di universiti tapi, tak dapat nak sambung dalam bidang yang kau impikan dari kecil. siapa tahu kan? kan dalam surah Al Baqarah: 216 ada menyebut,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui."
Rezeki Allah tu luas, cuma bergantung dekat kita je sama ada nak mencari sendiri rezeki itu ataupun duduk tanpa berbuat apa-apa. Sama juga dengan kawan-kawan yang tak dapat tawaran tu, rezeki tu ada cuma kau yang kena usaha lebih sikit untuk capai apa yang kau nak. sebenarnya banyak laluan untuk kau berjaya, trust me. cuma kau kena rajin cari dan bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman to find out how to succeed.
Jangan ingat kami yang dah selamat kat menara gading ni, akan terjamin kerjaya lepas dah graduate. kalau tak mula bertindak dari awal untuk bertungkus lumus atur jalan hidup kau lepas dah jadi graduan, semua tu sama je dengan orang yang tak buat apa-apa. nothing is being guaranteed in this world selain ajal maut gais. jadi, kena bijak bertindak.
Cuma, sebelum kau buat sesuatu tindakan tu, sekiranya mak ayah kau masih bernyawa kat dunia ni, it would be better if you ask for their permission in every single thing that you do. ingat, redha Allah terletak kat redhanya kedua orang tua kita. kalau kau sakitkan hati mak ayah kau, selagi tu juga kau akan rasa tak tenang. rasa macam apa kau buat akan sentiasa rasa incomplete. trust me.
itu pentingnya kita sentiasa berhusnudzon. aku tahu, aku tak sebaik mana pun, kadang-kadang tu akan hadir juga perasaan bersangka buruk tu. tapi to be honest, semua ni pun aku belajar dari kesilapan aku dulu I mean dari seseorang. kalau bukan teguran dari dia, aku rasa aku sentiasa rasa tak puas hati je dengan semua orang. haha. Thank you awak :)
ok, tu je la serba sedikit yang aku boleh cerita kat sini, not really an advices, tapi boleh lah kan. hiks. harap bermanfaat :) got to go first. selamat membaca. salam alaik :)